KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh peguam mewakili Datuk Seri Najib Razak, sama ada anak guamnya itu boleh menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, atau sebaliknya.
Ia selepas Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa perkara itu penting kerana bekas Perdana Menteri itu, mempunyai hak mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
"We don't treat joke. (Kami tidak melayan jenaka) (berhubung persoalan dibangkitkan peguam Najib).
"Saya rasa kita perlu berlaku adil kepada semua orang," katanya ringkas dalam sidang akhbar selepas menerima taklimat bencana seluruh negara di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Najib, yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dan didenda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Memetik laporan Bernama, Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 19 Oktober depan untuk mendengar permohonan Najib bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara yang tidak membenarkan permohonannya untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh itu selepas sebutan kes itu hari ini yang dihadiri Peguam Persekutuan M. Kogilambigai, yang bertindak bagi pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) manakala Muhammad Shafee, mewakili Najib.
Kogilambigai memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk mengkaji permohonan bekas perdana menteri itu bagi kebenaran semakan kehakiman.
Begitu pun, Muhammad Shafee berkara perkara itu amat mendesak kerana terdapat isu perundangan yang serius yang akan ditentukan oleh mahkamah, termasuk sama ada Najib boleh dicalonkan dan hadir di pusat penamaan calon di mana beliau akan bertanding
"Saya cadangkan agar permohonan itu didengar pada Jumaat ini (14 Oktober ini)," katanya.
Pada 5 Oktober lepas, Najib memfailkan permohonan menamakan kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara sebagai responden pertama hingga ketiga.
Dalam permohonannya, Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah untuk membatalkan keputusan responden ketiga (Komisioner Jeneral Penjara) yang tidak membenarkannya mengakses kepada pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja-kerja Parlimen, perundangan dan pengundi kawasannya.
Najib juga memohon perintah untuk mengetepikan keputusan responden ketiga itu yang tidak membenarkannya menghadiri Parlimen pada tarikh persidangan yang dijadualkan.
Dalam afidavit sokongannya, Najib berkata keputusan responden pertama dan ketiga yang menolak permohonannya atas alasan keselamatan telah disampaikan kepadanya melalui Pejabat Penjara Kajang pada 28 September.
Najib juga menyatakan bahawa keengganan responden pertama dan ketiga untuk membenarkannya mengakses kepada pegawai dan pembantunya bagi tujuan perkara berkaitan Parlimen serta pengundinya dan tindakan tidak diambil oleh responden kedua adalah tindakan tidak munasabah atau tidak rasional.
Najib berkata menurut Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, beliau mempunyai kewajipan Perlembagaan untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan sebagai Ahli Parlimen dalam mewakili pengundi Pekan.
Hasimi Muhamad
Wed Oct 12 2022
Najib, yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dan didenda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International - Foto/fail
[TERKINI] Amanat Perdana Menteri sempena Majlis Kemuncak HAWANA 2024
Saksikan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 dengan tema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' yang berlangsung di Kuching Sarawak.
Polis perlu lebih masa siasat keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram
Polis memerlukan tempoh lebih panjang untuk melakukan siasatan lanjut dan menyeluruh terhadap insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, 17 Mei lepas.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Jepun sudah beri amaran kepada Korea Utara
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi menegaskan bahawa Tokyo telah menuntut melalui saluran diplomatiknya di Beijing supaya Korea Utara membatalkan rancangan pelancaran satelit peninjau tentera terbaharunya.
Korea Selatan bersedia depani ancaman Pyongyang
Tentera Korea Selatan sudah bersedia berdepan kemungkinan sekiranya berlaku provokasi oleh Korea Utara yang dijangka akan melancarkan satelit peninjau tentera terbaharunya.
[INFOGRAFIK] Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023
Berikut adalah info berkenaan dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
13 maut di Texas, Arkansas, Oklahoma
Lebih 430,000 pelanggan utiliti terputus bekalan elektrik merentasi kawasan lapan negeri dari Texas hingga Ohio.
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun
Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KS
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
Najib boleh jadi calon PRU15? "We don't treat joke" - Hamzah
Najib, yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dan didenda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.
Status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal - Azhar Azizan Harun
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat berkata, kuat kuasa kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen hanya akan dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan dibereskan.